Tuesday, March 16, 2010

IWAN AF8 MENYERLAH !

Salam. Rancangan realiti No.1 di Malaysia iaitu Akademi Fantasia kini kembali. Seperti yang sedia maklum, tirai Akademi Fantasia musim ke 8 (AF8) baru sahaja membuka tirainya pada Sabtu (13/3/2010) lepas. Seramai 12 orang peserta yang terpilih dari seluruh Malaysia. Kebanyakkan peserta Akademi Fantasia 8 (AF8) kali ini berasal dari Sabah dan Sarawak. Pada minggu pertama peserta memilih lagu pilihan mereka sendiri.

Pada perspeksi saya, saya melihatkan bahawa satu bintang akan muncul yang bakal mengugat tempat aril, akim dan lain-lain di luar sana seperti apa yang dikatakan oleh pengkritik Pak Nil (Aznil) iaitu Iwan AF8. Walaupun pada malam itu Iwan AF8 difahamkan sakit tekak. Walaubagaimanapun beliau telah memberikan persembahan yang terbaik. Beliau mempunyai karektor yang tersendiri. Akademi Fantasia Musim ke 8 (AF8) ini akan berlangsung selama 12 minggu dan diharapkan Iwan AF8 akan terus maju sampai ke konsert Akhir InsyAllah.



Berikut Adalah Sedikit Profil Tentang Iwan Akademi Fantasia 8 (AF8) ;

NAMA: Emirza Azwan Zulazrin Chew
NAMA PANGGILAN: Iwan
TARIKH LAHIR: 21 April 1990
TEMPAT LAHIR: Hospital Besar, Seremban
UMUR: 20 tahun
BANGSA: Melayu
AGAMA: Islam
TINGGI: 170 sm
BERAT: 55 kg
STATUS: Bujang
PEKERJAAN: Menganggur
PENDIDIKAN TERTINGGI: SPM
NAMA BAPA: Zulazrin Chew Abdullah (50 tahun)
PEKERJAAN BAPA: Berniaga
NAMA IBU: Siti Marminah Jurini (45 tahun)
PEKERJAAN IBU: Berniaga
ADIK BERADIK: 4 orang (anak kedua)
HOBI: Menyanyi, berjalan bersama kawan, makan
GAMBARAN PERIBADI: Pemalu, ceria dan kadang-kala agak membosankan bila dalam masalah
MAKANAN KEGEMARAN: Nasi goreng pataya
MINUMAN KEGEMARAN: Nescafe ais
MUZIK KEGEMARAN: R&B
PELAKON LELAKI KEGEMARAN: Rosyam Nor
PELAKON PEREMPUAN KEGEMARAN: Mama Norlia Ghani
PENYANYI LELAKI KEGEMARAN: Neyo
PENYANYI PEREMPUAN KEGEMARAN: Tiada
FILEM/DRAMA KEGEMARAN: Komedi
FESYEN KEGEMARAN: Indie
WARNA: Hitam & Merah

Sama-samalah kita menyokong beliau AFUNDI IWAN AF8 !

IWAN AF8 Fan Club Blog

Welcome to Iwan AF8 Fan Club... :)